Gambar: @ikingawi

(Video) Pengayuh Beca Kayuh 40 Km Malam Hari Nak Hantar Wanita ‘Misteri’, Terkejut Toleh Belakang Penumpang ‘Hilang’

Eyla Azri

Baru-baru ini, sempat tular di media sosial, kisah seorang pengayuh beca warga Indonesia membawa wanita misteri yang tiba-tiba hilang di pertengahan jalan.

Seorang pengguna TikTok @ikingawi atau pemilik nama sebenar Taufik Hidayatullah telah memuatnaik sebuah video seputar kronologi kejadian misteri tersebut. Video ini telah mendapat sorotan warga net sehingga ditonton 3.7 juta kali di TikTok.

Menurut keterangan dalam video tersebut, wanita misteri berkenaan menumpang beca seorang lelaki dari Alun-alun Ngawi ke daerah Kendal yang jaraknya sekitar 40 kilometer.

Sesampainya di persimpangan, wanita berkenaan mengarahkan pengayuh beca agar mengambil jalan menuju ke arah barat. Namun setibanya di sebuah kawasan pendesaan, beca berkenaan mogok dan wanita tersebut dikatakan turun dari beca untuk membantu.

Tak berapa lama selepas itu, muncul seorang penunggang motosikal bertanya lelaki tersebut sedang menghantar siapa. Pengayuh beca yang dikenali sebagai Maryono menjawab akan menghantar penumpang wanita di belakangnya.

Namun penunggang motosikal tersebut terkejut kerana penumpang wanita tersebut riba-tiba hilang secara misteri.

Menurut pengunggah ketika dihubungi Tribunnews, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 10 malam, 14 Oktober lalu.

Beruntungnya, ketika itu banyak warga setempat yang membantu Maryono mencari jalan keluar dari kawasan desa berkenaan.

“Saya tak memiliki firasat apa-apapun, hanya berniat untuk membantu,” ujar Maryono dalam video tersebut.

Memetik laporan Tribunnews, pengunggah juga bingung soal penumpang wanita yang hilang secara misteri ini. Tak kurang juga dengan spekulasi masyarakat setempat yang mengatakan wanita tersebut sebenarnya bukan manusia.

“Saya masih bingung kerana ada pendapat dari masyarakat bahawa itu bukan orang atau manusia sebenar,” ujar Taufik kepada Tribunnews.

Bercakap mengenai ciri-ciri wanita tersebut, Taufik berkata dia mengenakan tudung berwarna coklat.

Sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut diunggah oleh Taufik, menunjukkan beca Maryono yang sedang meluncur laju di kawasan berkenaan.

Sumber: Tribunnews