Tular satu video di laman facebook menunjukkan satu kemalangan yang tidak dijangka pengakhirannya menarik perhatian ramai orang untuk melihat video tersebut dan menyukainya.
Dalam video tersebut menunjukkan seorang lelaki yang membawa basikal untuk memasuki simpang. Tiba-tiba basikal yang dibawa hilang kawalan dan terjatuh pada satu motosikal pacuan roda tiga yang kebetulan ingin melepasinya.
Pemilik motosikal tersebut sempat menoleh kebelakang untuk melihat apa yang berlaku. Kemudian dia meneruskan perjalanan seperti biasa dan membawa sekali mangsa di belakangnya.
Kejadian yang berlaku ini adalah satu kejadian yang tidak pernah dijangka akan berlaku. Seperti takdir, lelaki itu terselamat daripada kemalangan yang serius hanya kerana kehadiran motosikal terbabit.
Sumber: South China Morning Post