Euro 2020 melabuhkan tirai Isnin lalu dengan menyaksikan Itali dinobatkan sebagai juara selepas mengalahkan England 3-2 dalam pusingan penalti. Manakala England harus menerima kenyataan pahit dengan kekalahan tipis tersebut.
Walaupun Itali berjaya merangkul piala Euro 2020, ramai pihak yang merasakan berlaku ketidakadilan dalam perlawanan tersebut. Hal ini kerana, kekasaran yang dilakukan pemain pasukan Itali terhadap pemain lawan dianggap keterlaluan oleh sesetengah penyokong dan wajar diarahkan keluar padang.
Salah satu insiden yang mendapat sorotan semasa perlawanan akhir ini ialah aksi ketua pasukan Itali, Giorgio Chiellini yang jelas menarik leher baju pemain sayap England, Bukayo Saka sehingga pemain tersebut rebah di atas padang.
Namun, penyokong berasa tak puas hati bila Chiellini hanya menerima kad kuning dari pengadil. Tak kurang jugak yang menganggap pengadil berat sebelah sebab tak layangkan kad merah kepada ketua pasukan Itali tersebut.
Oleh itu, pengguna TikTok @refereekampung menjelaskan sebab kenapa Chiellini tak diberi kad merah atas kekasarannya terhadap Saka.
Nak tahu kenapa, tengok video di bawah.
Sumber: TikTok @refereekampung