Individu mana yang tidak terharu dan bersemangat apabila mendapat sokongan daripada masyarakat lebih-lebih lagi jika disahkan positif COVID-19.
Pesakit COVID-19 antara insan yang sangat memerlukan sokongan pada waktu ini supaya mereka kuat untuk melawan virus tersebut.
Tular di laman Twitter baru-baru ini apabila seorang pesakit COVID-19 yang dijemput oleh pegawai kesihatan untuk dirawat di hospital dan menerima tepukan gempita daripada penduduk setempat yang hadir untuk memberikan sokongan.
Berdasarkan tweet oleh @kirekswasta itu, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Mamuju, Sulawesi Barat, Indonesia. Kata-kata semangat dan tepuk tangan diberikan oleh para penduduk sebagai tanda sokongan kepada pesakit itu untuk melawan wabak COVID-19 dalam perjalannya menuju ke hospital.
Gambar: @kirekswasta
Gambar: @kirekswastaMenurut USS Feed pula, tanda sokongan tersebut bukan sahaja diberikan kepada pesakit malahan turut diberikan kepada para pegawai kesihatan yang mengiringi pesakit tersebut.
Gambar: USS FeedSumber: kirekswasta, USS Feed