Tidak dinafikan, zaman sekarang sudah ada macam-macam cara untuk belajar tentang bahasa lain. Berbanding dahulu, kita terpaksa menghadiri kelas secara fizikal, jika sekarang semuanya hanya di hujung jari.
Baru-baru ini, satu video belajar bahasa Arab tular dikongsikan di laman Tiktok, Sir Syazwan. Di dalam video tersebut, pemuda ini mengajar bahasa Ara dengan menggunakan lirik lagu raya yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia.
Lirik lagu ‘Senandung Hari Raya Untukmu’ yang didendangkan oleh Dayang Ku Intan ini ditukarkan kepada bahasa Arab di mana liriknya mengajar penonton tentang nama-nama buahan.
Video ini telah menerima lebih dari 90,000 ribu tontonan dalam masa 24 jam sahaja. Video ini memaparkan nama buah-buahan seperti tembikai, durian, rambutan dan macam-macam lagi dengan cara dan rentak yang mudah diingati.
Di ruangan komen, warganet turut teruja dengan usaha kreatif yang dikongsikan oleh pemuda ini. Tidak kurang juga yang memuji pemilihan lagu raya yang cukup terkenal semasa musim perayaan.
“Saya dah boleh hafal”


“Pandainya ubah lirik ke lirik buah”


“ok tak sabar nak raya”

Sumber: Sir Syazwan