Biarpun bukan musim sejuk, salji dilaporkan turun di Tokyo dan kawasan sekitar hari ini.
Menurut laman Japan Today, Jabatan Meteorologi Jepun melaporkan suhu di kawasan Kanto-Koshin serta wilayah Yamanashi dan Nagano turun sehingga kurang 1°C pada pagi tadi.
Agensi tersebut menjangkakan salji setebal 20 cm bakal turun di kawasan bergunung dalam tempoh 24 jam hingga 6 pagi esok.
Sementara itu, kawasan rendah serta kebanyakan tempat di Tokyo pula dijangka mendapat liputan salji sehingga 5 cm hingga esok.
Lantaran itu, Jabatan Meteorologi mengingatkan warga tempatan agar berhati-hati berikutan keadaan jalan yang berais.
Jepun merupakan negara empat musim dengan waktu musim sejuk sering berlaku sekitar Disember hingga Februari.
Sumber: Japan Today, NHK, Lukemorse1