Beberapa keping gambar dan juga video yang menunjukkan telur angsa dengan sebahagian yang sepatutnya kuning tetapi berwarna hitam telah mencetus kekeliruan dalam kalangan penduduk di China, memetik laporan Oddity Central.
Menurut laporan, gambar tersebut dikongsikan dalam laman media sosial negara tersebut. Rata-rata pengguna tertanya-tanya mengapa kuning telur yang dihasilkan berwarna hitam.
Gambar: via Oddity CentralGambar itu dimuat naik oleh seorang lelaki yang mendakwa angsa milik rakannya itu mengeluarkan telur yang lain daripada kebiasaan.
Menerusi video itu, lelaki itu mengatakan bahawa sejumlah telur yang dikeluarkan angsa milik rakannya itu mempunyai bau dan tekstur yang hampir sama dengan telur angsa yang lain.
Perkara yang membezakan telur itu hanyalah bahagian kuning yang berwarna hitam atau seolah-olah berwarna kelabu pekat.
Gambar: via Oddity CentralPosting lelaki tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada kebanyakan pengguna media sosial itu sehingga melibatkan golongan pakar meneliti perkara ‘pelik’ tersebut.
Ada yang bertelatah bahawa angsa itu mungkin termakan dakwat berwarna hitam sehingga menyebabkan angsa itu mengeluarkan warna telur yang begitu unik.
Malah, ada juga pengguna yang mendakwa kuning telur itu bertukar hitam kerana angsa itu gemar memakan buah mulberi merah gelap dan kehitaman.
Sementara itu, seorang pakar penternakan di China mula mengeluarkan pandangannya.
Tetapi tiada penjelasan yang khusus diberikan.
Ettoday melalui Oddity Central melaporkan, baru-baru ini pakar dari Akademi Sains Pertanian China menyatakan hasrat mereka ingin mengkaji berkenaan kuning telur hitam tersebut.
Tetapi, setakat ini misteri tersebut belum dapat diselesaikan oleh mereka.
Sumber: Oddity Central