Baru-baru ini tular satu video tentang penemuan ‘kamar mandi rahsia’ di rumah baru pasangan suami isteri di Oklahoma, USA. Video tersebut telah mencapai lebih 165k penonton setelah mereka muat naik di akaun Tik Tok si isteri iaitu Mia.
Penemuan itu berlaku ketika mereka sedang menyiapkan projek DIY rumah pertama mereka yang baru sahaja dibeli. Menurut tuan rumah sebelumnya, terdapat kebocoran kecil pada ruang kamar mandi tersebut. Namun, disebabkan tuan rumah tidak mempunyai masa dan tenaga untuk membaikinya, jadi mereka hanya menutup ruang tersebut di sebalik dinding rumah.
Walaupun penemuan yang tidak diduga itu mengejutkan dan agak mengecewakan pasangan yang baru berpindah itu, viewers mereka sempat memberi kata-kata perangsang agar menjadikan rumah baru itu lebih bernilai.
sumber: Mirror.co.uk , tiktok