Musim durian merupakan musim buah yang paling digemari bukan sahaja di Malaysia, malah di kebanyakan negara serantau. Maka, boleh kita lihat peminat-peminat durian akan mula ‘memburu’ bila masuk musim menuai raja buah ni.
Isi durian yang kuning dan berlemak ni bukan sahaja enak dimakan begitu saja, tapi juga dijadikan bahan utama untuk pelbagai juadah. Oleh itu, macam-macam jenis masakan berasaskan durian yang kita nampak dimuatnaik di media sosial bila masuk musim durian.
Menu berasaskan durian ni pula selalunya dijadikan pemanis mulut. Antara makanan berasaskan durian yang terkenal di Malaysia termasuk pengat durian, pulut durian, durian crepe, malah kek durian pun ada orang buat tau.
Tapi menu durian yang dikongsikan oleh lelaki ni pula lain daripada yang lain. Dalam video yang diunggah di akaun TikToknya @thumbntk, lelaki ini menunjukkan macam mana dia buat durian bakar cheese yang mungkin ramai daripada kita tak pernah dengar.
Video ini mendapat 2.1 juta tontonan dan 162.8 ribu sukaan setakat ini.
“Real durian ‘duri hitam’ “
Di ruangan komen, netizen menunjukkan pelbagai reaksi dengan ‘inovasi’ durian bakar cheese ni. Ada yang berseloroh mengatakan inilah durian ‘duri hitam’ sebenar.




“Sedap ke durian ada cheese?”
Tak kurang juga tertanya-tanya macam mana rasa durian bakar cheese ni.




Ada yang nak cuba ke?
Sumber: TikTok @thumbntk