
Nyalaan lampu putih yang berlegar di ruang udara Beijing serta beberapa kawasan sekitar seperti Mongolia dan Chongqing menggemparkan penduduk setempat.
Ribuan klip video sempat dirakam dan dimuat naik melalui laman media sosial negara itu, Weibo.
Selain nyalaan lampu yang sangat terang sehingga mampu menyuluhi beberapa bandar, ia juga kelihatan mempunyai ekor seperti kapal angkasa makhluk asing, UFO.
Kehadiran objek misteri itu dikaitkan dengan pelancaran roket Falcon 9, Ahad lalu oleh SpaceX.
Pakar Ufologist, Nigel Watson berkata,” Ia mungkin ekzos gas daripada roket yang dilepaskan, namun bentuknya mudah untuk orang ingat ia adalah UFO.”

