Kejadian banjir besar yang melanda beberapa lokaliti di Lembah Klang baru-baru ini sangat menyayat hati semua. Air bah yang ‘menggunung’ itu didakwa berpunca daripada cuaca hujan yang berterusan tanpa henti.
Semalam, seorang warganet memuat naik satu rakaman video ‘pemandangan’ hiba yang memaparkan keadaan rumahnya dipercayai di Karak yang musnah akibat ‘ditelan’ banjir. Menyedihkan, segala yang pernah ada kini hilang semuanya.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok Marina Zailanen, pada awalnya lelaki dalam rakaman tersebut menunjukkan suasana di sekitar deretan kediaman baharu jenis teres yang didiaminya.
Keadaannya boleh dijangkakan sama sekali. Tanah lumpur yang telah kering ibarat menjadi ‘permaidani coklat’ yang terhampar luas di sepanjang jalan termasuk ruang lantai di luar rumah masing-masing.
Selain itu, beberapa buah kereta juga kelihatan tersadai lesu di tepi jalan. Apa yang mengejutkan, sebuah kereta dipercayai Toyota Vios turut terdampar di atas sebuah Honda City, dipercayai akibat hanyut ketika banjir.
Sumber: TikTok Marina Zailanen
Sumber: TikTok Marina ZailanenDalam pada itu, rakaman diteruskan ke rumah empunya video sendiri. Bermula dari pemandangan pagar hijau yang telah roboh, lelaki berkenaan menghalakan lensa kameranya ke arah pintu masuk utama.
Bagai senyum dalam tangisan, lelaki itu menunjukkan satu demi satu sudut luar rumahnya yang musnah. Tanah lumpur dipercayai masih basah di atas lantai, selain siling sudah pecah dan jatuh ke bawah.
Tidak cukup dengan itu, kaca pintu gelangsar (sliding door) juga turut pecah berderai. Lelaki itu mengeluarkan kunci dan membuka pagar jeriji (grille) untuk masuk ke dalam. Akhirnya terpampanglah pemandangan sebenar rumahnya kini.
Ketika itu, suara lelaki itu yang awalnya tenang, tiba-tiba terus bertukar menjadi sebak. Difahamkan, dia berasa sangat sedih dengan nasib yang menimpa ‘teratak syurga dunia’ yang didiami keluarganya itu.
Langsir yang disangkut kemas di ruang tamu rupa-rupanya adalah buatan tangan ibunya sendiri. Selain itu, siling pula telah lesap, selain tanah lumpur ‘menghiasai’ segenap inci sudut di dalam rumah tersebut.
Mesin basuh juga turut dihanyutkan banjir hingga ke depan. Barangan perabot lain seperti meja makan, sofa, kerusi ruang tamu, katil, almari dan lain-lain turut mengalami nasib sama; dihanyut air bah tanpa rela.
Video yang berdurasi selama dua minit 25 saat itu telah ditonton lebih 962,000 kali tontonan setakat ini. Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet dilihat tidak dapat menahan sayu dan melontarkan rasa simpati mereka ke atas nasib mangsa.
Sumber: TikTok Marina Zailanen
Sumber: TikTok Marina Zailanen
Sumber: TikTok Marina Zailanen
Sumber: TikTok Marina Zailanen
Sumber: TikTok Marina ZailanenSumber: TikTok Marina Zailanen