Tular hari ini di media sosial mengenai satu video yang memaparkan kemalangan membabitkan dua penghantar makanan.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook, Rashidx Yamada di group DashCam Owners Malaysia itu, kedua-dua penghantar makanan tersebut dilihat bertembung di satu simpang jalan.
Menurut Rashidx, kejadian itu berlaku di Jalan Alam Damai, Taman Connaught di Cheras, Kuala Lumpur dan dirakam menerusi dashcam miliknya.
Pada awal video itu, penghantar makanan Foodpanda dilihat menyeberangi jalan di simpang itu sebelum dilanggar oleh penunggang dari Grabfood.
Penghantar makanan dari Grabfood tersebut dilihat jatuh berguling akibat daripada rempuhan itu sementara penunggang dari Foodpanda dapat dilihat terus bangun dan berjalan ke arah mangsa untuk memeriksa keadaannya.
Kedua-duanya juga dilihat terjatuh dari motosikal selepas pertembungan tersebut dan memeriksa keadaan masing-masing.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keadaan kedua-dua penghantar makanan itu tidak diketahui.
Sumber: Rashidx Yamada Via DashCam Owners Malaysia