Gambar: Daily Mail

(Video) Ngeri, Detik-Detik Rakus Ikan Jerung Melapah Bangkai Ikan Paus Berjaya Dirakam

Aqmal Ezany

Satu rakaman mengerikan memaparkan seekor ikan jerung melapah bangkai seekor ikan paus berjaya dirakam di pelabuhan di Australia.

Video yang dirakam di Pelabuhan Outer di Adelaide pada Selasa itu menunjukkan seekor ikan jerung sedang merobek bangkai paus di persisiran pantai.

Laporan menyatakan bahawa ikan paus tersebut mati akibat dilanggar oleh kapal, dengan kru menemui haiwan itu ditangkap pada busurnya.

Bangkai itu, yang hanyut dari pintu masuk Port River di Outer Harbaour, telah menarik sejumlah ikan jerung termasuk yang dirakam dalam video tersebut.

Paus itu berada pada beberapa meter dari pantai berbatu di pantai Adelaide.

Penonton dapat melihat sirip ikan jerung itu menonjol di atas air sambil merobek badan paus tersebut.

Usus ikan paun tersebut dapat dilihat terkeluar daripada badannya ketika ikan jerung berkenaan tanpa belas kasihan merobek kulitnya.

Pakar percaya ikan paus itu mungkin terbunuh dan dibawa sejauh ribuan kilometer.

Pakar laut tempatan masih belum memutuskan sama ada untuk mengalih paus itu ke lautan atau membawanya ke makmal untuk mengkajinya.

“Itulah sebabnya saya lebih suka kolam renang, terima kasih banyak,” tulis seorang warganet.

Sumber: Daily Mail