Lionel Messi akhirnya menjulang trofi pertamanya di pentas antarabangsa berikutan kemenangan Argentina dalam Copa America 2021.
Selepas meraikan kejayaan pasukan Argentina, Lionel Messi nampaknya sedang memeluk erat sahabatnya, Neymar di tengah-tengah padang bola ketika yang lain meraikan kejayaan tersebut.
Menerusi video tersebut, keadaan hiba menyelubungi ketika itu. Tidak dinafikan kedua-dua pemain ini sangat akrab sejak Neymar mewakili Barcelona empat tahun lalu, sekali gus mencuri tumpuan dalam saingan Copa America kali ini.
Dua pemain ini pernah digelar trio paling berbisa di dunia bersama Luis Suarez di Barcelona. Neymar juga pernah berhasrat untuk pulang semula ke kelab Catalan itu namun masih belum jadi kenyataan.
Sumber: Hustling