
Aktiviti terjun udara tidak bersesuaian dengan mereka yang lemah kerana ianya membutuhkan banyak keberanian, kemahiran, kepercayaan dan risiko yang besar terutamanya. Oleh itu permainan ini sering kali dicuba oleh golongan muda yang sukakan cabaran.

Namun, berlainan bagi seorang wanita yang berusia 102 tahun yang berasal dari Australia ini, Irene O’Shea digelarkan sebagai penerjun tertua di dunia selepas dia mengambil keputusan untuk melakukan terjunan itu sempena ulang tahunnya.
Irene melakukan terjunan itu dihadapan keluarga dan kawan-kawannya bersama dengan seorang pengajar, Jed Smith.
Terjunan ini dipercayai bukanlah kali pertama yang dilakukannya kerana dia sememangnya sering melakukan aktiviti ini sejak tahun 2016.
Menurut laporan, terjunan itu dilakukan bertujuan untuk mengumpul dana bagi Pesatuan Penyakit Motor Neuron di Australia Selatan selain turut memberi penghormatan terhadap anak perempuannya yang meninggal akibat penyakit tersebut beberapa tahun yang lalu.
“Saya kehilangan anak perempuan saya untuk penyakit yang dahsyat itu 10 tahun yang lalu dan saya merinduinya,” akhir Irene.
Sumber: SASkyDiving