Seperti ramai yang ketahui, kanak-kanak selalunya akan obses dengan watak kartun kegemaran mereka.
Ada diantara mereka yang mengidolakan karakter kartun kegemaran mereka itu sehinggakan kalau cara bercakap pun nak sama dengan kartun mereka itu.
Itu belum lagi cerita berkenaan kanak-kanak yang obses dengan kartun-kartun adiwira bergenre aksi. Pasti Pening ibu bapa nak layan telatah anak mereka.
Seperti yang terjadi dalam satu video yang telah tular di media sosial ini, seorang kanak-kanak yang sedang begitu asyik menonton kartun adiwira Ultraman di dalam rumahnya telah menyebabkan TV di rumahnya rosak.
Kerana terlampau menjiwai watak untuk menolong adiwira kesayangannya itu melawan karakter jahat, dia telah membaling permainannya bagi menyelamatkan adiwiranya itu.
Video tersebut telah menjadi tular di media sosial, sehingga kini ianya telah mendapat lebih 2 ribu kali oleh pengunna Facebook.
Sumber: NowThis