Siapa saja yang tak cair bila melihat haiwan yang comel dan menghiburkan hati ini. Ada sahaja telatah mereka setiap hari yang membuatkan pemiliknya jatuh hati.
Baru-baru ini, seekor kucing bernama Kiki menarik perhatian orang ramai apabila dirakam menarik sejadah mendekati tuannya yang ingin solat.
Bersama sehelai sejadah yang dibawa sendiri menggunakan mulutnya, Kiki melintasi sejadah tuannya seakan-akan ‘mahu berjemaah.’
Video yang pada asalnya dikongsikan di dalam group Kucing Sepahkan Apa Hari Ni itu telah mendapat ratusan ribu tontonan dan tanda suka sejak dikongsi semula di pelbagai platform termasuk TikTok dan Twitter. Kiki juga telah membuatkan orang ramai terhibur melihat gelagat ‘kucing soleh’ itu.
Comel, nak ikut solat jugak

Anak soleh ni

Baru datang, terus nak jadi imam

Kongsi pemiliknya, .Khairuddin, Kiki sering mengejutkan dia dan isterinya untuk bangun subuh setiap hari di samping mahu ‘berjemaah’ ketika waktu solat Maghrib dan Isyak.
“Maghrib dengan Isyak je selalunya. Sebab masa tu je kami selalu solat bersama. Siang kerja. Mungkin dia tengok apa kita buat, tu dia ikut. Haha..
“Dia hari-hari kejut kami subuh. Sebelum azan subuh dah masuk bilik kejut suruh bangun. Saya pun tak tahu macam mana dia boleh dapat hidayah,” ujarnya dengan nada berseloroh.
Sumber: Kiki Cekodok