Baru-baru ini, tular satu rakaman video menunjukkan seekor kambing tersesat masuk kedalam kawasan asrama di UiTM Lendu. Rakaman tersebut telah dirakamkan pengguna Twitter @nblhnrlzmii.
Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4.30 pagi dan kambing tersebut terserempak dengan beliau dan temannya.
“Mula-mula buat taktahu sahaja sebab memang tahu dekat kolej ini ada kambing terlepas. Lepastu lama-lama bunyi kambing tu kuat gila. Sekali dengar memang obvious gila lalu kat tingkat 2 ni.” ceritanya.
Rata-rata pengguna Twitter meninggalkan komen serta reaksi mereka diruang komen dan terhibur dengan aksi mencuit hati kambing tersebut.
Sumber : Twitter