Pasti ramai peminat perlumbaan MotoGP tidak tahu berkenaan dengan sebenarnya tangki minyak motosikal yang digunakan para pelumba di pentas dunia itu sebenarnya bukanlah berada di posisi yang kita semua sangkakan.
Ini kerana, satu akaun TikTok yang bernama @mabay__ ada berkongsikan info tentang posisi tangki minyak yang sebenarnya yang digunakan pada motosikal pelumba-pelumba MotoGP ini.
Menurut akaun berkenaan, tangki minyak tersebut sebenarnya berada pada bahagian bawah tempat duduk pelumba itu.

Kenapa ianya diletakkan dibawah tempat duduk penunggang? Ini sebabnya.


Tujuan ianya diletakkan di bawah tempat duduk pelumba adalah untuk menyeimbangkan berat motor tersebut.
Jadi apakah terdapat di bahagian yang ramai diantara kita menyangkakan tangki minyak pada awal mulanya itu?
Pada bahagian tersebut sebenarnya digantikan dengan komponen air filter yang digunakan untuk menyejukkan suhu enjin.

Walaupun begitu, pengisian minyak pada motor pelumba tersebut tetap dari bahagian asal tangki minyak iaitu daripada depan. Namun minyak itu akan terus dialirkan ke bawah tempat duduk pelumba.

Dan sebenarnya, kalau anda semua tidak tahu, pada bahagian dalam tangki minyak motosikal pelumba, terdapat span, seperti yang dikongsikan dalam video.

Span ini berfungsi untuk mengurangkan goncangan pada ketika motor berada dalam kedudukan mengiring semasa pelumba membelok di selekoh.

Kalau korang nak tahu tentang macam mana penggunaan minyak pada jentera yang digunakan pelumba MotoGP ini, tengok video ini pula.
Sumber: mabay__