(Video) Mungkin Pertama Kali Tengok, Begini Rupanya Cara Ketam Berenang

Nur Adnin

Pepatah Melayu pernah menyebutkan, ‘bagai ketam mengajar anak berjalan’. Ianya merujuk kepada sifat ketam dewasa normal yang berjalan secara mengiring, namun cuba untuk mengajar anak-anaknya berjalan lurus.

Bercakap tentang ketam, biasanya kita akan terbayang makhluk ini berjalan-jalan di atas permukaan dasar laut, sambil mencari makanan untuk dimakan. Tapi pernah ke anda lihat ketam berenang? Betul ke ketam boleh berenang?

Jawapannya, ya dan tidak. Ketam memang boleh berenang untuk bergerak dari lokasi ke lokasi, namun hanya beberapa jenis ketam tertentu saja yang boleh berbuat demikian.

Antara jenis ketam yang dikenal pasti boleh berenang adalah ketam biru dan Portunidae yang hidup di sekitar Perairan Atlantik. Ketam jenis ini akan menggunakan kaki belakangnya yang berbentuk seakan pendayung untuk berenang.

Difahamkan, kaki itu akan dilipat menjadi rata sebelum ‘berubah’ fungsinya menjadi pendayung. Dikatakan kaki yang mendayung itu akan berputar antara 20 hingga 40 kali setiap minit untuk bergerak ke depan ketika berenang.

Jom kita tonton video yang dikongsikan di TikTok Pablito di bawah ini.

Sumber: TikTok Pablito / Animal Hype