Saat yang paling mengejutkan sepasang suami isteri apabila sebatang pokok tercabut di Ealing ketika angin kencang bertiup di persimpangan jalan di London Barat.
Klip dashcam menunjukkan pokok berkenaan telah tercabut dan tumbang dipercayai berikutan angin yang sangat kencang. Walau bagaimanapun, sepasang suami isteri sempat melarikan diri sebelum pokok berkenaan jatuh ke tanah.
Seorang lelaki telah merakam video berkenaan yang kebetulan lalu di kawasan itu bersama teman wanitanya. Teman wanitanya berkata “Ketika melihat pasangan itu menghampiri dan pokok jatuh, sangat mengerikan. Jika seseorang yang sentiasa melihat telefon pasti akan terbunuh. Pasangan itu sangat bernasib baik”.

Kemudian, mereka telah memanggil polis dan memberitahu majlis Ealing mengenai pokok tumbang berkenaan. Polis Metropolitan mengatakan tidak ada yang cedera dalam kejadian itu.
Angin kencang telah melanda Britain dengan kelajuan angin 55mph telah dicatatkan diLake Vyrnmy, Wales dan 54mph di Newcastle.

Sumber: metro.co.uk