Korang mungkin pernah lupa password Wi-Fi sekiranya ada yang meminta izin untuk menggunakan Wi-Fi korang kan? Selain itu juga, korang mungkin juga takut kalau orang itu sebarkan password dan menjadikan rangkaian Wi-Fi korang itu terdedah kepada hacker.
Bagi korang yang menggunakan Android, korang boleh kongsikan rangkaian Wi-Fi korang dengan menggunakan QR code. Sebenarnya, langkah ini tidak perlukan aplikasi tambahan pun, hanya perlu mengakses ke bahagian tetapan sahaja.
Menerusi perkongsian video TikTok @BossAdrian_derisogadget, lelaki itu telah berkongsi tips mengenai cara nak share password Wi-Fi dengan menggunakan QR code sahaja. Terdapat 4 langkah untuk mengakses Wi-Fi tersebut:
Pergi ke setting phone.
Pilih perkataan Wi-Fi.
Tekan simbol info pada Wi-Fi yang kita gunakan.
Tekan wifi QR code supaya kod tersebut dapat dipaparkan.
Untuk lebih mudah faham, boleh tonton video tutorial di TikTok yang dikongsikan oleh @BossAdrian_derisogadget.
Sumber: TikTok