Bila ada angin kuat yang menerpa, kadang-kadang gerigi besi atau grill pun boleh bergegar. Mesti ramai yang pernah menghadapi situasi begini. Tapi macam mana pulak kalau tak ada angin tak ada hujan, tiba-tiba pintu grill bergegar sendiri?
Melalui sebuah video yang diunggah di akaun TikTok @shapalapa, pemilik akaun ini memuatnaik sebuah video mencemaskan ketika pintu dan grill rumahnya tiba-tiba bergegar kuat.
Dalam video tersebut, boleh dengar yang grill rumah pengunggah seakan-akan digoncang kuat dari luar. Malah pintu rumah pun nampak bergegar-gegar macam ada yang tolak berulangkali dari luar.
Menurut penjelasan pengunggah dalam sebuah video berbeza, ketika itu dia sedang menonton televisyen dengan ibu dan adiknya. Kemudian dia terdengar macam ada orang bukak grill.
Awalnya pengunggah ingat jiran yang baru balik. Tiba-tiba pintu rumah pengunggah bergegar, jadi dia terus ke pintu untuk tahan sebab rasa macam pintu rumah tak cukup stabil untuk bertahan kalau ada yang nak pecah masuk.
“Aku kata kat ayah aku, call la jiran, so dia boleh tengok dari rumah dia.
“Aku dah hampir call polis takut punya pasal,” kata pengunggah.
Lebih menyeramkan, jiran pengunggah turut tengok melalui rumahnya, tapi tak nampak pun ada orang di luar pintu rumah pengunggah.
Akhirnya ayah pengunggah bertindak membuka pintu sambil mereka bersedia untuk segala kemungkinan.
Rupa-rupanya yang buat ‘onar’ gegar pintu tu si comel berbulu putih kepunyaan jiran bawah rumah.
Dalam sebuah video berbeza, pengunggah turut memuatnaik gambar kucing jiran yang menggegar pintu rumahnya malam tu.
Pun begitu, pengunggah pun tak ada jawapan pasti macam mana kucing tersebut boleh gegar pintu rumahnya kuat macam tu sekali. Bunyi macam orang bukak grill tu katanya bunyi kucing tersebut cuba masuk melalui lubang grill.
Difahamkan bahawa kucing tersebut sebenarnya tersesat nak balik rumah tuannya di tingkat bawah, tapi tersalah ‘balik’ ke rumah pengunggah.
Sumber: TikTok @shapalapa