Seperti ramai yang telah ketahui, ikan Betta telah semakin banyak menarik minat ramai penggemar ikan khususnya dari negara Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Di Amerika Syarikat, ikan perhiasan yang penuh dengan warna menarik ini dilaporkan semakin ramai penggemarnya.
Pada Jun lalu, seorang penternak ikan Betta dari Indonesia yang bernama Dodi Sunjaya dilaporkan telah memenangi pertandingan International Betta Congress yang diadakan di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah ungkapan yang boleh mencerminkan tentang nasib lelaki dari Indonesia ini apabila dia menjuarai pertandingan tersebut biar pun baru pertama kali sahaja menyertainya.
Kerana banyak waktu terluang di musim wabak pandemik ini, bagi sesetengah orang waktu yang terluang itu dimanfaatkan dengan menceburi hobi baru.
Seperti yang dilakukan oleh Dodi Sunjaya ini, dia mula memelihara ikan Betta ini setelah mengetahui bahawa ada pertandingan yang bertaraf antarabangsa akan diadakan.
Salah satu syarat untuk menyertai pertandingan tersebut, ikan tersebut perlu dibiak dan dipelihara sendiri.
Beberapa ikan yang dipertandingkan oleh Dodi dalam pertandingan tersebut dilaporkan telah memenangi beberapa kategori.
Bahkan, lelaki itu yang baru sahaja menyertai pertandingan tersebut buat pertama kalinya telah ditabalkan sebagai “Grand Champion”.
“Alhamdulillah saya berjaya mengalahkan juara-juara yang terdapat di situ.
“Terkejut mereka apabila mengetahui saya ditabalkan sebagai juara. Baru pertama kali masuk dah jadi Grand Champion,” ujarnya.
Sumber: Liputan6.com