Umum telah mengetahui bahawa Jepun adalah merupakan tuan rumah bagi temasya sukan Olimpik pada kali ini.
Walaupun temasya sukan terbesar dunia pada kali ini tidak seperti edisi yang sebelum-sebelum ini kerana dunia masih lagi sedang berperang dengan wabak pandemik COVID-19, namun Jepun tetap berusaha untuk menjadikan pengalaman para atlit di bumi matahari terbit itu sebagai sesuatu yang pasti tidak akan dilupakan mereka.
Satu video yang dimuat naik oleh seorang atlit kayak dari negara Great Britain yang bernama Bradley Forbes-Cryans ini telah menjadi tular.
Video tersebut memaparkan kandungan yang terdapat dalam goodie bag yang diedarkan oleh pihak tuan rumah kepada atlit.
Sungguh tidak disangka bahawa isi kandungan yang terdapat dalam goodie bag itu sebenarnya sangat mewah.
Seperti yang boleh dilihat di dalam video itu, lelaki tersebut mengeluarkan satu satu barang yang ada didalamnya.
Barang pertama yang dikeluarkannya ialah sebuah telefon pintar Samsung S21 edisi olimpik.
Barang kedua pula adalah Samsung Galaxy Buds Pro, kemudian sebatang pen dan seterusnya adalah case untuk Samsung Galaxy Buds Pro itu tadi.
Pasti seronok jika dapat telefon dan beberapa alat elektronik yang lengkap, canggih dan percuma kan!
Video tersebut pun lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 2 juta kali.
Sumber: @bforbescryans