Di sosial media sekarang, ramai orang yang menggunakan platform tersebut membuat live untuk menjual barang.
Ada yang sampai ribuan penonton turut serta menonton sesi live berkenaan.
Tapi lain pula ceritanya dalam satu video di TikTok yang tular ini.
Video tersebut memaparkan seorang wanita yang sedang sibuk melakukan sesi live untuk menjual pakaian.
Segalanya tampak normal dan tidak ada apa-apa yang terjadi. Namun, pada satu ketika, patung yang dipakaikan dengan baju yang berhadapan dengan kamera secara tiba-tiba telah bergerak beberapa langkah.
Pergerakan patung tersebut seakan sama dengan cara manusia biasa berjalan.
Video tersebut sedikit sebanyak pastinya akan menimbulkan rasa seram dalam diri.
Tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan video berkenaan namun begitu, ianya telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 8 juta kali.
Sumber: @linaaaaay