Biasanya ketika bertugas di tempat kerja, pasti ada sesuatu yang kita buat kalau tiba-tiba rasa bosan, kan? Ada yang ‘membelek’ barang-barang kat Shopee, ada yang bermain TikTok, ada yang membaca buku dan banyak lagi.
Bukanlah mahu ‘curi tulang’ pun, sekadar mengisi masa lapang yang seberapa cuma saja. Sekurang-kurangnya taklah berasa bosan sangat nak bekerja tu. Trend hari ini pula, ramai pengguna media sosial yang sudah mula beralih ke TikTok.
Dulu-dulu selalu orang kata, TikTok ni banyak benda yang ‘lagha’..faham-faham sendirilah. Tapi sebenarnya kalau kita ‘explore’ betul-betul, banyak rupanya faedah dan info bagus-bagus boleh dapat di TikTok ni.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok Wan Mohd Radhi yang juga seorang pengawal keselamatan memuat naik rakaman video dia membaca Al-Quran. Menariknya, ketika bersendirian di depan skrin inilah, Radhi membaca Al-Quran secara bertaranum. Jom tonton video ini.
Dalam hantaran video ini, Radhi menulis kapsyen ringkas yang berbunyi:-
“Tak tau nak buat vtt apa..up jelah nak kekal fyp..”
Ramai netizen lain yang menonton video ini memberikan kata-kata pujian dan semangat kepadanya. Jom kita lihat apa kata netizen.





Bagus abang Radhi ni, dia isi masa lapang dan gantikan rasa ‘bosan’ tu dengan membaca Al-Quran. Walaupun tidak banyak, namun setiap ayat yang dibacakan itu mesti akan ada ganjarannya. Bukankah pahala membaca Al-Quran tu dikira mengikut setiap huruf?
Sumber: TikTok Radhi Khan