Seorang kanak-kanak lelaki 5 tahun, kecewa selepas kehendaknya tidak dituruti oleh ibunya untuk memiliki Lamborghini.
ABC News melaporkan kanak-kanak yang berasal daripada Utah, AS, ini telah memandu kereta itu sejauh dua batu dijalan utama yang sibuk. Seorang pegawai petugas lebuh raya telah menahan kanak-kanak itu. Dia menyangka orang yang sedang memandu kereta itu adalah seorang pemandu yang sedang mabuk.
Pegawai yang menjumpai kanak–kanak itu berkata “Dia sangat kesal dan hampir menangis mendengar jawapan pendek yang diberikan.”
Namun, dalam rakaman dashcam, terlihat polis sedang mengekori kereta yang dipandu oleh kanak-kanak itu. Seorang pegawai telah bertanya sesuatu kepada kanak-kanak itu.
“Berapa umur awak? Awak berumur 5 tahun?”
Apa yang lebih mengejutkan, kanak-kanak itu hanya mempunyai wang sebanyak $ 3 (RM 12.93) di dalam poketnya. Dia telah merancang untuk pergi ke California dan membeli Lamborghini sendiri. Ketika kisah itu dikongsikan di Twitter, ramai yang tidak mempercayai bahawa kanak-kanak itu baru berusia 5 tahun.
Ramai yang bertanyakan mengenai umur kanak-kanak itu, sebahagian daripada mereka seolah tidak mempercayai bahawa kanak-kanak seusia itu sudah begitu berani untuk memandu kenderaan.
Yang paling menarik, ada diantara mereka yang mengatakan bahawa mereka mengagumi kanak-kanak itu kerana dia boleh memandu kereta dalam usianya yang begitu.
Sumber: Dailystar