Setelah beberapa tahun bersengkang mata, berusaha menempuh cabaran di sepanjang alam pembelajaran di pusat pengajian tinggi. Kini segalanya membuahkan hasil, bukan pengakhiran tetapi titik permulaan untuk mengorak langkah yang lebih luas.
Satu hari yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para graduan dan keluarga, hari konvokesyen. Semua penat lelah, wang dan usaha akan terbayar dengan segulung ijazah yang akhirnya berjaya digenggam.
Namun tak dinafikan, hanya orang yang pernah melaluinya sahaja akan tahu betapa banyak perngorbanan yang perlu dicurah untuk merealisasikan impian ini. Jujur, terkadang pernah terasa seperti mahu berputus asa. Tetapi ingatlah,
“Sekiranya anda terasa seperti ingin berputus asa, fikir sekali lagi. Tidakkah anda melihat betapa bangga dan terujanya riak wajah ibu bapa anda? Mengambil gambar anda dengan penuh kegembiraan dalam majlis graduasi..”
Tular di laman twitter dalam tempoh yang singkat, video yang dimuatnaik oleh Anees itu benar-benar menyentuh hati. Lebih-lebih lagi apabila melihat riak wajah teruja dan terharu para ibu bapa yang bahagia meraikan kejayaan anak mereka. Ibu bapa lihat sempat merakamkan momen-momen indah itu untuk disimpan sebagai kenangan.
Sumpah hari konvokesyen tu adalah hari paling indah, lebih-lebih lagi bila melihat ibu bapa senyum sampai ke telinga

Kalau rasa nak give up tu, fikir untuk belajar je, tak dekan pun takpa asalkan dapat bergraduasi

Tak mintak banyak, cukuplah mak ayah sempat tengok aku graduate suatu hari nanti

Setiap kali nak putus asa, kena ingat ada dua orang yang sedang tunggu kau untuk bergraduasi

Mak aku kena strok dan meninggal dunia seminggu lepas konvo, “Mak nak sangat tengok adik konvo, naik kerusi roda pun takpa,”

Lepas habis majlis konvokesyen tu, tolonglah sangat-sangat spend time dengan family korang

Nampak mak abah selari dengan seat kita, time tu bergenang air mata

Senyuman our parents tu yang kita nak sangat tengok dalam dewan tu, kalau nak give up bayangkan kedua wajah ibu bapa kita

Ada parent yang sanggup melutut dekat lantai basah, pegang phone lama nak rakam detik konvokesyen tu, takut terlepas

Feelings tu haihh lain macam, sampai ayah cakap “Ayah bangga dengan kau”

Sumber: Anees