Sebuah rakaman video menunjukkan sebahagian kawah gurung berapi Fagradalsfjall runtuh di Iceland. Klip video tersebut telah tular sehingga mampu membuat ramai warga net terpukau melihatnya.
Video itu telah dikongsikan di akaun Twitter Good News Correspondent, yang asalnya dirakam oleh pemilik dron itu sendiri, Hörður Kristleifsson.
Rakaman itu dirakam di gunung berapi Fagradalsfjall, yang terletak kira-kira 40 km dari ibu kota Iceland, Reykjavik.
Drone tersebut dikatakan telah diterbangkan ke atas kawah gunung tersebut apabila sebahagian daripada rimnya runtuh.
Gambar : Twitter Good News CorrespondentMemetik daripada laporan India Times, gunung berapi Fagradalsfjall telah meletus pada awal tahun ini, iaitu pada bulan Mac dan telah menyebabkan orang ramai terpukau.
Video tersebut telah dikongsikan dan menjadi tular sehingga mendapat lebih daripada 8, 000 tontonan. Ramai warga net telah meninggalkan komen dan menganggap bahawa fenomena itu sangat ajaib sehingga meremang bulu roma.
Gunung berapi Fagradalsfjall dikatakan sudah lama tidak memuntahkan lava sejak 18 September, di mana hari tersebut ditarikhkan sebagai hari letusan paling lama di negara itu dalam tempoh 50 tahun, menurut saintis.
Lava mula mengalir keluar dari celah dalam tanah pada petang 19 Mac di semenanjung Reykjanes, iaitu di barat daya Reykjavik dan menyebabkan pemandangan tersebut cepat menjadi tarikan pelancong utama.
Sumber : India Times