Gambar: TikTok Jamie DIY Home

(Video) Menarik, Wanita Kongsi Trik Nak Cuci Tandas Tanpa Perlu Menggosoknya

Zahirah

Selalunya kalau kita nak bersihkan tandas kita pasti akan mengotorkan diri sendiri dan kadang-kadang ianya boleh jadi sangat menjijikkan. Hal ini kerana, kita sendiri maklum kegunaan tandas tersebut dan segala kekotoran yang ada di situ.

Oleh itu, seorang wanita telah berkongsikan satu helah untuk anda lebih senang mencuci tandas tanpa perlu menggosok dengan kain buruk atau secara terus memegang mangkuk tandas.

Jamie Michelle, telah menunjukkan cara yang lebih mudah untuk kita gunakan untuk mencuci tandas di dalam akaun TikTok miliknya @byjamiemichelle.

“Mula-mula anda sapu sekeliling menggunakan ‘swiffer’ untuk membuang segala kekotoran dan rambut yang terdapat di dalam tandas,” katanya.

“Dengan cara ini rambut dan pelbagai habuk dapat di buang sebelm anda mencuci tandas menggunakan kain buruk.”

Dia turut mengtakan walaupun dahulu dia tidak suka mencuci tandas kerana kekotoran yang melekat pada kain buruk yang digunakan namun, helah ini telah mengubah pandangan tersebut.

Anda juga boleh gunakan helah ini di kawasan tandas yang lain seperti sinki dan kawasan atas meja di dalam bilik air.

Warganet turut mengagamui helah yang dikongsikan Jamie ini:

Kredit: TikTok Jamie DIY Home
Kredit: TikTok Jamie DIY Home
Kredit: TikTok Jamie DIY Home
Kredit: TikTok Jamie DIY Home

Sumber: The Sun