Pemandangan yang menakjubkan apabila ratusan ikan berkumpul dan membentuk bentuk hati di negara Florida. Paul Dabill, 47 merakam momen tersebut di Pantai Juno, Florida dengan menggunakan drone miliknya.
Rakaman video berdurasi 35 saat itu jelas menunjukkan ratusan ikan jack crevalle berenang dalam formasi berpusing dan membentuk bentuk hati. Dabill merakam paparan air sambil menerbangkan drone DJI Mavic Air 2 di Pantai Juno.
Kata Dabill, “Saya cari mullet kerana tahun ini tahun migrasi mullet jatuh.” “Tidak ada mullet di pantai hari ini tapi saya jumpa sekumpulan jack crevalle sebagai gantinya.”
“Oh, awak sangat bertuah…”
Ramai warga net menunjukkan rasa kagum melihat video itu dan berasa Dabill sangat bertuah. Ada juga yang komen terus kenal bentuk hati ketika pertama kali melihat video itu.
Sumber : Dailymail