Dalam banyak-banyak perkara, sudah tentu orang ramai sukakan video makanan yang memukau. Tetapi kali ini video makanan yang ingin dikongsikan bukanlah seperti apa yang kita pernah lihat sebelum ini.
Video makanan yang ingin dikongsikan kali ini merupakan makanan kasual iaitu popcorn. Video ultra ajaib kali ini memaparkan pergerakan perlahan popcorn yang sangat melampau.
Gambar: via India TimesDalam video gerakan perlahan dari saluran Youtube Warped Perception ini memaparkan biji jagung dalam gerakan perlahan dengan menggunakan Kamera Berkelajuan Tinggi Ultra Phantom v2512 pada 30,000 Frames Per Second (FPS) iaitu 1250 kali lebih perlahan daripada kebiasaan yang dilihat oleh mata umum.
Video ini memperlihatkan perjalan sebiji biji popcorn berubah menjadi satu snek gebu yang kita kenali dan sangat digemari.
Gambar: via India timesRakaman video itu menjadi semakin perlahan sehingga ianya memaparkan bertih jagung itu dibuka pada 30,000 bingkai sesaat.
Siapa sangka perbuatan mudah iaitu dengan memasak sebungkus popcorn boleh mencipta karya seni. Inilah bukti penggunaan teknologi yang sangat baik.
Bukan setakat jagung meletup sahaja malah ianya cara baru untuk kita memahami dunia.
Sumber: India Times, YT Warped Perception