Gambar: MHaffizJ

(Video) Menakjubkan, Detik-detik Indah Bulan ‘Bergerak’ Atas Orbitnya Berjaya Dirakam Smartphone

Faiz Mustafa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pelbagai perkara menakjubkan mengenai alam sering berlaku di sekeliling kita setiap hari. Misalnya, kita dapat melihat kemunculan sang bulan yang berbeza bentuknya mengikut waktu, sama ada sabit, separa hinggalah ke bulan penuh.

Bercakap tentang bulan, kadang-kadang kita terfikir juga. Adakah bulan itu hanya statik tidak bergerak? Atau adakah ia turut berpusing atas paksinya seperti mana Bumi dan planet-planet lain di angkasaraya?

Persoalan ini akhirnya ‘terjawab’ apabila lensa kamera telefon milik pengguna Twitter MHaffizJ berjaya merakam keadaan bulan yang dipercayai sedang bergerak. Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Detik-detik indah bulan ‘bergerak’ atas orbitnya berjaya dirakam smartphone

“Anda benar-benar boleh nampak dengan jelas bulan bergerak melalui orbitnya dari (lensa) kamera saya. Kamera saya tak bergerak. Ia di atas tripod,” kongsinya di Twitter baru-baru ini.

Keterangan daripada komentar

Sementara itu di ruangan komen, salah seorang warga Twitter yang menggunakan nama Mad Badang + Minah Ladang, mempersoalkan adakah bulan itu benar-benar bergerak atau bumi yang sebenarnya bergerak.

“Bulan tu ke yang bergerak atau bumi atau dua-dua? macam nak tahu perbezaanya?” tulisnya.

Kemudian, MHaffizJ membalas persoalan tersebut di ruangan komen bahawa kedua-duanya berpusing pada orbit masing-masing, namun dakwanya bulan bergerak pada orbitnya lebih laju dibandingkan dengan bumi.

“Bulan bergerak lebih laju pada orbitnya berbanding pergerakan bumi.

“Jadi, disebabkan bulan pada bergerak lebih laju pada orbitnya, apa yang korang nampak dalam video tersebut adalah lebih kepada pergerakan bulan,” jelasnya.

Credit: MHaffizzJ & Irffanmakki94

Sumber: Twitter MHafizzJ