Penduduk Sulawesi Selatan, Indonesia gempar susulan maklumat yang disampaikan oleh salah seorang guru madrasah wilayah Jeneponto yang mendakwa bahawa matahari pada pagi tadi terbit dari arah utara dan bukan dari arah timur, lapor portal SuaraSulsel.id.
Video yang memaparkan kedudukan matahari yang dirakam oleh guru tersebut kemudiannya menjadi tular di media sosial.
“Melaporkan dari lokasi MAN Binamu. Sesuatu yang sangat pelik telah berlaku. Di mana matahari berada dalam kedudukan arah utara pagi ini pada hari Khamis, 17 Jun,” kata lelaki tersebut di dalam video itu.
Lelaki terbabit mengakui bahawa dia telah menyaksikan dan merakam kejadian aneh itu pada jam 8 pagi waktu tempatan.
“Sekarang tepat sebelum pukul 8, matahari sudah berada di posisi utara,” katanya.
Agusmin H Prakirawan dari Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika telah mengesahkan fenomena tersebut kepada SuaraSulsel.id.
Fenomena tersebut adalah perkara biasa atau normal terjadi pada setiap tahun. Fenomena ini biasanya disebut sebagai pergerakan cahaya matahari (GSM).

GSM adalah fenomena semula jadi di mana kedudukan matahari kelihatan bergerak/beralih ke utara dan selatan. Fenomena GSM ini berlaku setiap tahun. Di mana untuk keadaan semasa matahari sedang bergerak/berpindah ke utara dan kedudukan puncaknya di utara adalah pada 21 Jun.
Hal tersebut berlaku akibat pergerakan bumi mengelilingi matahari atau biasa disebut sebagai revolusi bumi sehingga kedudukan matahari seakan-akan terlihat terbit dari arah utara.
“Jangan panik,” kata Agusmin.
Dapat Hadiah Percuma Sampai RM598, Ni Antara ‘Laptop’ Terbaik Tahun 2021 Bateri Tahan Sampai 19 Jam