Sebuah video yang memaparkan penampakan satu entiti menyeramkan telah menjadi tular di media sosial.
Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @annatyalea.
Video berkenaan memaparkan terdapat satu wajah wanita berambut panjang menyeramkan dengan mata yang seakan terbeliak mengintainya dari luar tingkap rumahnya.
Menurut kapsyen yang ditulisnya dalam video tersebut, ketika dia mula-mula merakam, dia tidak perasan bahawa entiti tersebut berada disitu.
Dia hanya mula menyedari kewujudan entiti tersebut setelah dia melihat semula rakaman video berkenaan.
Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video berkenaan atau apa sebenarnya entiti tersebut, namun video itu telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 100 ribu kali.
Sumber: @annatyalea