Gambar: @wanriduan742

(Video) “Main Lompat-Lompat Pulak,” Rakaman Lembaga Berambut Panjang Seakan Budak Bikin Seram

Aqmal Ezany

Satu video yang memaparkan satu entiti yang sedang melompat-lompat telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @wanriduan742.

Video tersebut menunjukkan terdapat satu entiti yang tampak melompat-lompat berada di sebalik tingkap bangunan di hadapan.

Semasa pengguna TikTok itu mengalihkan pandangan untuk menunjukkan waktu pada jam tangannya, entiti tersebut tiba-tiba hilang.

Tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya entiti yang melompat-lompat itu.

Video tersebut telah menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 900 ribu kali.

Sumber: @wanriduan742