
Viral di media sosial di mana hujan berlaku di kawasan tempat letak kereta tetapi hanya sebuah kereta yang terkena air hujan tersebut, memetik laporan daripada BeritaHits.Id.
Dalam perkongsian video pendek yang dimuat naik itu, kelihatan berpuluh-puluh kereta yang parkir di kawasan letak kereta tersebut. Kawasan tempat letak kereta itu juga kelihatan mendung.
Pemilik video tersebut juga terkejut apabila dia sempat merakam fenomena unik yang jarang berlaku itu di mana hanya sebuah kereta hitam sahaja yang terkena hujan.
Menurut sumber daripada laporan BeritaHits.Id ramai warganet yang memberikan komen terhadap perkongsian video tersebut.
Sumber: BeritaHits.Id