Satu fenomena cuaca luar biasa melibatkan pembentukan awan yang berbentuk seolah-olah ‘Bebola Kapas Besar’ telah memukau penduduk Argentina, memetik laporan daripada Daily Mail.
Awan tersebut ternyata dikenali sebagai awan Mammatus. Menurut artikel, kewujudan awan itu menandakan ribut petir akan hadir dalam masa yang terdekat.
Gambar: YouTube ViralHogPakar meteorologi juga merasakan bentuk bonjolan awan itu kelihatan sangat luar biasa. Fenomena cuaca yang luar biasa ini berjaya memukau penduduk di Argentina.
Kejadian pembentukan awan sebegitu dikatakan berlaku pada 13 November yang lalu. Terdapat satu rakaman yang dimuat naik di internet dan rakaman itu memperoleh jumlah tontonan lebih daripada 10,000 kali.
Gambar: Youtube ViralHogOrang ramai yang melihat kejadian itu merasakan perkara itu sangat pelik tetapi cantik pada masa yang sama. Ada juga yang menggambarkan bentuk awan itu seperti ‘Marshmellow’, ‘bebola kapas’ dan ‘aneh’.
Malah ada juga yang mengatakan bahawa awan itu kelihatan sangat aneh.
Sumber: Daily Mail