Banjir di negeri pantai timur telah menjejaskan lebih ratusan keluarga sehingga memaksa mereka berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan rumah dan kampung mereka ditenggelami air dalam.
Dalam video berdurasi 1.02 minit yang dikongsi @My_CrimeWatch, sebuah lori sedang meredah banjir dengan kedalaman air hampir mencecah papan tanda Kampung Bukit Payong, Kuala Terengganu.
Video tersebut telah meraih perhatian warga maya yang meninggalkan pelbagai reaksi masing-masing.
Saya rasa mereka selamat

Macam berfungsi je wiper tu

Siapa kata Scorpene sahaja yang boleh selam?

Ni kalau Elon Musk tengok video ni, mesti dia ada idea nak buat lori dua alam pula

Gambar sebuah lori sedang meredah banjir.(Kredit: Mnurizam)Sumber: My Crime Watch