Siapa yang tidak kenal dengan pengacara terkenal malah seorang ahli perniagaan terkenal, Noor Neelofa mengumumkan pengundurannya daripada program Meletop.
Neelofa mengumumkan perkara tersebut semalam dalam rancangan Meletop membuatkan peminatnya sedih dan terkilan.
Menurut Neelofa dalam rancangan tersebut, hatinya berat untuk tinggalkan rancangan tersebut, ini bulan terakhir untuknya menjadi pengacara dalam ramcangan tersebut.
Rancangan tersebut diterbitkan sejak tahun 2012 dengan kehadiran Neelofa dan pasangan pengacaranya Nabil Ahmad memberi impak yang besar dalam program tersebut.
Rata-rata netizen meninggalkan kata-kata semangat dan bersedih kepada Neelofa kerana bulan ini adalan bulan terakhir sebagai pengacara Meletop.




Tak lekang juga ada yang memberi komen di laman Instagram Neelofa sendiri.


Sumber: Meletop