
Ruam lampin adalah iritasi kulit pada kawasan bawah lampin yang sering terjadi pada bayi yang masih di peringkat memakai lampin. Ia mengakibatkan kulit menjadi merah berkilat dan menyebabkan bayi tak selesa.
Ruam lampin biasanya dikaitkan dengan lampin yang basah atau jarang ditukar, kulit sensitif, dan kulit melecet. Ia bukanlah keadaan yang serius tapi jangan pula dipandang mudah kerana dalam kes yang teruk, ia boleh berubah kepada jangkitan bakteria atau kulit.
Walaupun ruam lampin ni boleh dirawat dengan preskripsi ubat-ubatan daripada doktor, namun ibu bapa harus lebih peka untuk mencegah perkara ini sebelum berlaku.
Salah satu cara untuk mencegah ruam lampin ini dengan menukar lampin anak secara kerap. Oleh kerana sekarang lebih ramai ibu bapa yang pakaikan lampin pakai buang atau sering dipanggil pampers kepada anak-anak, jadi nak menukarnya pun lebih mudah dan praktikal. Tapi sekerap mana kena tukar pampers ni?
Melalui video yang diunggah di akaun TikTok @fadhilahsuhaimy, akak ni kongsi tips macam mana nak tahu bila pampers anak perlu ditukar. Rupanya kat belakang pampers ni dah disediakan ‘klu’ untuk mak-mak. Nak tahu lebih lanjut, tonton video penuh di bawah.
Sumber: TikTok @fadhilahsuhaimy