Masih lagi dibelenggu pandemik COVID-19, semoga ianya akan segera pulih agar kita dapat menjalani kehidupan seperti dahulu lagi. Sudah tidak sabar rasanya untuk menunggu saat-saat ketika kita boleh keluar dari rumah tanpa perlu risau memikirkan virus yang berbahaya itu.
Tidak cuma itu, pasti ramai yang sudah rindu untuk berjalan-jalan dan melancong bukan sahaja di dalam negara malahan luar negara juga.
Andai kata suatu hari nanti kita sudah dibenarkan untuk melancong ke luar negara, di manakah destinasi pilihan korang? Jika memikirkan mengenai bajet yang rendah, terdapat beberapa negara yang boleh dikunjungi oleh korang.
Menerusi perkongsian Suri Nasir di TikTok, dia menyenaraikan beberapa lokasi di empat negara iaitu Thailand, Indonesia, Kemboja dan Brunei yang boleh dikunjungi dengan bajet di bawah RM500. Mari tonton video di bawah ini untuk lihat senarai lokasi tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang nampaknya sudah tidak sabar untuk berkunjung ke semua negara itu dan mula berhasrat untuk menabung duit.



Sumber: Suri Nasir