(Video) Lelaki ‘Sedekah’ Limau, Reaksi Monyet ‘Senyum’ Terharu Buat Netizen Tersentuh

Faiz Mustafa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Video yang mencuit hati sering kali mendapat perhatian netizen Malaysia, lagi-lagi rakaman telatah haiwan seperti kucing dan sebagainya. Ia sedikit sebanyak boleh melegakan tekanan seharian bekerja.

Terkini, tular pula video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok Areonn Woon, memaparkan seorang lelaki yang memberikan beberapa biji limau kepada sekumpulan monyet di tepi jalan.

Menerusi video tersebut, terdapat beberapa ekor monyet mengambil limau tersebut walaupun kelihatan ia agak takut dan ada juga yang lari. Menariknya, ada juga yang memberikan senyuman setelah diberikan buah limau.

Boleh tonton video yang kami kongsikan di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.

Apa kata netizen?

Rata-rata netizen memberikan komen positif dan juga yang memuji sikap monyet-monyet tersebut. Jom kita teroka apa yang mereka katakan.

“Dia senyum sebab abg cod free….”

“Binatang pun pandai ambil buah tangan….”

“Comelnya senyum….”

“Thank you abang sebab prihatin….”

Sumber: Tiktok Areonn Woon