WhatsApp adalah sebuah aplikasi permesejan yang cukup umum digunakan di seluruh dunia. Aplikasi ni bukan sahaja boleh dimuat turun di telefon pintar, malah ia juga boleh diakses di pelbagai peranti seperti komputer dan tablet.
Mungkin ramai yang dah tahu, aplikasi ini boleh digunakan secara serentak di beberapa peranti. Tinggal imbas saja telefon pintar pada kod QR di WhatsApp Web dan aplikasi ni boleh diakses seperti biasa tanpa kehilangan data terdahulu.
Ciri khas ni boleh dikatakan praktikal untuk pengguna, tambahan pula untuk urusan kerja. Pun begitu, telefon pintar pengguna perlu kekal aktif agar akaun WhatsApp pada peranti tambahan ni tak terlog keluar secara automatik.
Tapi kalau korang nak tahu, WhatsApp dah ada ciri multi-device, di mana korang boleh akses akaun WhatsApp melalui empat peranti berbeza walaupun telefon tak aktif. Dalam erti kata lain, kalau telefon pintar korang mati pun akaun WhatsApp pada peranti tambahan ni takkan log out sendiri maca versi sebelumnya.
Bagi yang tertanya-tanya macam mana nak guna ciri multi-device WhatsApp, video yang diunggah pengguna TikTok @eizuwan ni mungkin dapat membantu. Tonton video penuh di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Sumber: TikTok @eizuwan