(Video) Lelaki Nekad Putus Hubungan, Berang GF Tuduh Keluar Dengan Skandal Gara-gara “Foot Rest” Diturunkan

Sofea

Adat orang bercinta mesti ada pasang surutnya. Kadang-kadang kalau sehari tidak bergaduh memang tidak sah. Lagi-lagi kalau masing-masing duduk berjauhan atau terpaksa melalui hubungan jarak jauh kerana faktor kerjaya.

Kadang-kadang perkara yang remeh pun boleh menjadi punca pergaduhan yang besar dalam hubungan dan ditambah pula jika ada pasangan yang suka merajuk atau terlalu cemburu, memang pening kepala nak layan.

Seperti yang dilalui oleh lelaki dari seberang ini yang terpaksa berhadapan dengan teman wanitanya yang cemburu gara-gara melihat gambar yang dihantar olehnya.

Menerusi perbualan WhatsApp yang dikongsi oleh @_Azeen24 di Twitter, teman wanitanya memberikan reaksi yang ‘dingin’ selepas dia memberitahu bahawa dia sudah sampai di rumah.

Bila disoal bertalu-talu, teman wanitanya mengatakan bahawa lelaki itu bukan keluar seorang diri dan telah berbohong terhadapnya kerana foot rest (pemijak kaki) motosikal dilihat terjatuh, menandakan bahawa ada orang lain yang membonceng di belakang.

Terkejut dengan sikap teman wanitanya, lelaki itu menghantar satu video dan menjelaskan mengapa foot rest itu dijatuhkan.

Putuskan hubungan

Penjelasannya itu membuatkan warganet terhibur kerana foot rest motosikal tersebut rupa-rupanya sudah tidak berfungsi dengan baik dan tidak boleh dinaikkan.

Walaupun dia sudah membeli foot rest yang baharu dan teman wanitanya juga sudah meminta maaf, lelaki itu membuat keputusan untuk berpisah kerana sudah tidak tahan dengan sikap teman wanitanya itu.

Sehingga kini, perkongsian itu telah mendapat sebanyak 24.2 ribu ulang kicau di Twitter dengan komen-komen warganet yang terhibur melihat situasi yang dialami oleh lelaki itu serta menyokongnya berpisah dengan teman wanitanya.

Sumber:_Azeen24