
Setiap orang pasti berasa gembira jika pulang ke kampung halaman. Dari utara sampai ke selatan, pastinya tidak sabar ingin bertemu dan berkumpul ramai-ramai bersama-sama datuk, nenek dan sanak-saudara.
Tetapi, ada juga yang bimbang jika tinggalkan pokok-pokok bunga yang sudah ditanam dan dijaga rapi. Takkanlah nak biarkan pokok itu semua layu. Jadi, apakah yang perlu dilakukan untuk biarkan pokok-pokok itu sentiasa segar dan tumbuh elok?
Menerusi perkongsian daripada akaun TikTok jason_jezi, beliau menunjukkan 5 langkah mudah yang boleh diikuti dan langkahnya adalah;
Buat lubang pada penutup botol mineral
Letakkan skru di penutup botol itu
Pada belakang botol juga ditebuk
Masukkan air di dalam botol
Balutkan chopsticks pada keliling botol
Cara ini memudahkan anda untuk menyiram air secara auto.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga warganet yang berterima kasih dan memberikan komen yang positif dengan video yang dikongsikan.



Sumber : TikTok jason_jezi