
Setiap rumah pasti ada menggantungkan gambar atau gambar hiasan bertujuan mencantikkan segenap ruang. Namun, mungkin akan ada yang senget, ada yang terlebih kiri la dan ada juga terlebih tinggi. Memang sukar nak gantung sesuatu dengan lurus dan sempurna.
Kini, perkara itu tidak akan berlaku lagi dengan adanya perkongsian tips daripada akaun TikTok jason_jezi.
Melalui video tersebut, ada 3 tips yang dikongsikan dan dapat memudahkan anda untuk menggantung sesuatu dengan lurus dan sempurna. Hanya menggunakan botol air, pembaris dan pen marker sahaja.
Antara caranya, ialah;
Masukkan air sampai separuh botol.
Buat satu garisan melintang dengan pembaris.
Tandakan garisan menggunakan pen marker.
Dan, siap!
Untuk mengetahui dengan lebh lanjut, anda boleh menonton video di bawah.
Sumber : TikTok jason_jezi