Sewaktu bercinta, kebanyakan pasangan sudah biasa menunjukkan kemesraan melampau sampai mengalahkan orang yang sudah berkahwin.
Namun, ada juga yang sangat menjaga batas pergaulan dalam perhubungan sehingga kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri seperti perkongsian oleh Siti Rahmawati menerusi akaun TikTok.
Wajah wanita ini langsung tidak pernah dilihat oleh suaminya sebelum mereka bernikah. Suaminya hanya mengetahui bagaimana rupa paras isteri ketika mereka sudah sah bergelar pasangan yang halal.
Menurut Siti Rahmawati, dia yang merasakan tidak cantik seperti wanita lain sempat bertanya kepada suaminya setelah mereka bernikah adakah lelaki itu menyesal mengahwininya. Suaminya menjawab tidak dan memuji kecantikan isterinya itu.
Semua wanita itu ‘cantik’ di mata orang yang tepat
Video tersebut meraih 3.2 juta tontonan oleh warganet dan turut dibanjiri oleh ribuan komen yang mengucapka tahniah di atas perkahwinan mereka.


Sumber: TikTok amah_sitirahmawati