Bila masuk ke alam dewasa, ramai diantara kita yang akan berkurangan kawan baik atas sebab masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Bila bertemu pun mesti dalam majlis yang besar seperti majlis ‘reunion’.
Tidak dinafikan, saat berjumpa dengan sahabat lama mesti akan ada banyak cerita yang nak dikongsikan bersama, malah akan datang perasaan bercampur baur gembiran dan sedih yang dirasai seperti kisah di bawah ini.
Menerusi perkongsian di Tiktok @mommy_mawar, setelah tiga tahun tidak berjumpa akhirnya dia bertemu dengan sahabat baiknya di sebuah majlis perkahwinan telah mengundang rasa sebak ramai orang.
Difahamkan, sahabat baiknya bekerja di Kuala Lumpur dan kalau balik ke Terengganu pun untuk bertemu keluarga sahaja. Jadi, sejak dari itu mereka memang tidak pernah berjumpa langsung selepas tiga tahun baru bertemu semula di majlis perkahwinan sabahatnya ini.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut ‘berkaca mata’ melihat ukhwah yang terjalin sangat akrab dan aura sahabat itu dapat dirasai menerusi perkongsian tersebut.






Sumber: Mommy_mawar